Cetusan minda separa sedar

Memaparkan catatan dengan label Permotoran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permotoran. Papar semua catatan

Ahad, 18 September 2011

Sebelum bertolak ke Sabak Bernam aku nak servis dulu CVT skuter aku nih sebab dah keluar macam-macam bunyik pelik dah. Alang-alang tangan aku tengah gatal ni, tanpa memikir panjang aku pon memulakan operasi sulit nih..haha

Langkah pertama sekali tentulah kene bukak crankcase CVT tu dulu. Kalau tak bukak macam mane nak servis. Crankcase ni banyak skru nya. Lebih 10 skru kne bukak. Letih jugak dibuatnya.

Ni contoh dalam crankcase bila dibukak.

Ni lah autoclutch atau pulley belakang.
Autoclutch ni pon boleh dibaraikan jugak. Tapi agak rumit prosesnye. Caranya ialah dengan membuka skru besar kt atas autoclutch macan yang korang boleh nampak kat atas tu.
Nak bukak skru tu pon ade caranya. Kalau kedai ade alat yang macam pistol tu. Dah takde terpakse la gune cara manual iaitu dengan menggunakan tukul, skrudriver dan apit G.


Ikat autoclutch tu dekat meja menggunakan apit G macam gambar atas nih. Ikat sekuat yang boleh sebab takot tepelanting..hiarghhhhhh!
Ketuk bibahagian penjuru skru menggunakan skrudriver dan tukul
Guna skrudriver untuk pusingkan skru besar tu. Ketuk hujung skrudriver mengikut arah lawan jam sehingga berjaya..haha.

Ni lah rupe bila autoclutch dibaraikan

 Lepas semua dah dibaraikan, maka bahagian tersebut dicuci menggunakan minyak petrol dan berus sehingga kembali sinar harapan. Dah siap cuci keringkan dan sapukan minyak gris kat bahagian yang bergerak. Gambar takde la pulak.. Lepastu pasang balik komponen-komponen yang dah barai tu pada kedudukan asal..

p/s :  *Ni bukan tutorial ye.. kang ade pulak skuter yang barai tak boleh pasang..zzz
       *Skuter aku tak laju pon..adeakukesah!

Rabu, 20 April 2011

Bateri merupakan antara komponen yg penting dlm sesebuah kenderaan yg berfungsi utk menghidupkan starter enjin dan mengaktifkan komponen elektrinik yg lain. Bateri yg tidak diselenggara dgn baik mungkin akan mnyebabkan bateri tersebut king 'kong' dan sediakan duit secukupnya utk beli bateri baru..


Aku pon dh lame xcek air bateri moto aku.. Jom kite cek!!






Keadaan air bateri moto aku yg dah macam equalizer Winamp. Tinggi rendah tinggi rendah..

Memule bukak penutup air bateri mnggunakan playar.. Tarik je sampai tecabut.. Jgn tangan tecabut dahla...
Gunakan air bateri khas.. Bukan boleh tuang air paip atau 100pelas kononnye nk lg power.. xde makne...kt supermaket pon ade jual air bateri ni.. RM 1.20 je pon...
Tuang kedalam setiap lubang yg ada sampai paras yg ditetapkan pada label bateri korg..




Upper level tu had maksimum bila tambah air bateri, lower level tu had minimum yg diperlukan bagi bateri beroperasi dgn baik.. :)









Tutup balik lobang2 tu dgn penutup die ketat2.. Dan siapp.. Kemudian boleh la dipasan semula pada moto/kete korg.. Pastikan terminal +ve dan -ve tu betol kalau xnak moto/kete korg melotop...









Khayalanmasa: Walau sebaik mana sekalipun penjagaan bateri anda tidak menjamin bateri anda tak akan rosak selamanya.. samalah seperti hidup kita yg pasti berakhir satu masa nanti walaupun sebaik mana kita menjaga kesihatan kita.. Renung2kan dan selamat mencuba!!