Cetusan minda separa sedar

Sabtu, 26 Januari 2013

Pensel warna dengan teknologi ABS dikatakan lebih selamat dan dapat mengurangkan 70% risiko kemalangan.




p/s :  post ini adalah sekadar suka suki. siapa yang ambil serius sila pergi meninggal.

Khamis, 24 Januari 2013


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H buat semua teman seIslam. Tanamkanlah rasa kecintaan dan kerinduan terhadap baginda didalam sanubari kita dan sentiasa mengamalkan sunnah dan ajaran baginda dalam kehidupan seharian kita.
Semoga kita semua beroleh keberkataan dan syafaat, InsyaAllah.


Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

Ahad, 1 Januari 2012

Tahun 2011 ditinggalkan dengan seribu satu ratus dua puluh tiga kenangan yang memberi sejuta searatus tiga puluh pengajaran. Pengalaman berkerja sebagai pelajar praktikal, mengular semasa kerja, dan makan tar jalan semasa menunggang motor antara kenangan yang memberi parut kekal dan secara automatisnya mengurangkan
kehenseman aku.

Malam tahun baru kali ini pun seperti biasa aku cepat cepat balik rumah untuk menyanbut tahun baru bersama tilam dan bantal. Aku tak akan mengada ngada nak keluar malam semata mata nak tengok bunga api yang mana dekat televisyen pun boleh tengok sambil makam popcorn. Aku harap malam tahun baru ni takde la puaka puaka yang buat hal seperti kera disampuk hantu siamang lagaknya.

Bagi Khayalanmasa pula, diharapkan blog ini lebih maju kehadapan dalam mewarnai dunia blogging tanah air. Ahh sudah, apa yang aku caruti ni. Lagi satu pesan aku, jadikan apa yang korang khayalkan menjadi kenyataan dan bukan hanya angan-angan yang hilang melayang dihembus angin malam. Jangan ditanya kenapa angin malam sebab masa aku tulis entry ni angin malam tengah bertiup. Dan jangan biarkan KHAYAL terus menjadi perkataan cendala pada pemikiran mereka mereka yang husnuzzon.

Akhir kata, sama samalah kita berusaha kearah yang lebih baik kerana satiap detik juga sentiasa bertukar baru. Jadi mengapa masih menunggu tahun baru untuk memulakan azam yang baru?

gambar cedok dekat google je sebab aku yak pegi tengok bunga api.
p/s : seronok siapa yang namanya Azam sebab masa ni lah nama diorang disebut sebut. :)




        

Isnin, 26 Disember 2011

Harini hari last aku menonggeng kat rumah lepas cuti krismas yang takde salji. So, lepas aku bangun pagi yang tak berapa nak pagi ni, aku pon bersiap nak ke Tesco yang jarak nya cuma se kangkang big foot untuk mencari sedikit keperluan sebelum pulang ke Amazon. Mengambil keputusan untuk bawak skuter power aku disebabkan dah lama tak idopkan.

Sampai je aku kat Tesco, aku pon melangkah masuk dengan penuh bongkak seperti aku boleh beli tokei Tesco tu sekali walaupun hakikatnya terpaksa seluk poket adik aku sebelum pegi. Lepas tu aku pon pegi la kat bahagian lelaki. Ye la tak kan nak pegi bahagian pakaian dalam perempuan ye dak. Kang tak pasal pasal aku dituduh pencuri pakaian dalam.

Tengah aku asyik tengok tengok perfume kat site tetiba  aku dengar bunyi angin keluar dari objek tersepit datang dari puaka sebelah aku ni. Dalam hati aku cakap "celaka apa puaka sebelah aku ni melepas tak beragak". Selang beberapa ketika lepas tu aku terbau sesuatu. Aku ingat bau cam celaka tapi rupanya bau syurga yang membuat aku berkhayal sekejap. Nasib baik bukan makwe sebelah aku tu, kalau makwe silap silap aku dah mintak nombor telepon.

Lepas aku toleh je sebelah, rupanya puaka sebelah aku tadi main sembur sembur minyak wangi kat anak dia. Yang paling setan bila puaka tu terus belah lepas sembur. Aku pon pernah jugak buat perangai macam tu tapi paling tak pon buat buat la gaya macam nak beli sikit. Aku bukan apa, risau kat anak dia tu entah apa la jadi besar nanti kalau bapak pon ajar anak bukan bukan. Patut la budak budak sekarang suka sangat lepak pavi. Nak try barang free la tu. Celaka apa aku cakap benda yang takde kena mengena ni.

Kadang kadang benda macam ni nampak remah tapi benda benda yang macam ni la yang boleh mendatangkan masalah satu hari nanti. Hari ni ajar try minyak wangi, mana tau bila budak tu besar nanti dibuatnya dia try anak dara orang tak ke haru dibuatnya. Pepatah pon ada menyebut, melentur buluh biar la dari rebung. Rebung tu bawak balik buat masak lemak la. Nak lentur lentur jadah nya!.

Khayalanmasa : kalau aku tak update memang sampai aku kawin empat la blog ni tak berupdate nak tunggu Ab.




Isnin, 7 November 2011

Semenjak Ubuntu memperkenalkan Unity sebagai Desktop Environtment yang terbaru pada Ubuntu 11.04 Natty Narwhal, ramai diantara peminat-peminat Ubuntu yang kurang senang dan mula membenci Unity. Namun pada versi terbaru Ubuntu iaitu 11.10 Oneiric Ocelot, Unity telah melakukan beberapa perubahan dimana Unity kini lebih stabil dan ditambah dengan beberapa ciri-ciri baru.


Bagaimanapun, bagi peminat setia Gnome shell yang sudah terbiasa dengan selok belok Gnome, mereka masih mempunyai pilihan untuk kembali kepada Gnome. Jadi disini akan ditunjukkan sedikit sebanyak cara untuk install Gnome shell kedalam Ubuntu 11.10..!




1. Buka terminal atau tekan ctrl+alt+t dan masukkan command dibawah


sudo apt-get install gnome-shell


2. kemudian logout dan tekan icon berdekatan ruang password




3. Plih "GNOME" pada senarai dan login




Akhir sekali, saksikan Gnome 3.2 pada Ubuntu 11.10 anda..!


bagi mereka yang ingin kembali kepada Gnome 2 (interface seperti Ubuntu 10.10) boleh lah menggunakan command dibawah pada terminal :
sudo apt-get install gnome-session-fallback 


kemudian ulang langkah 2 dan 3 diatas.. 

Ahad, 6 November 2011


Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

HUKUM MENGERJAKAN
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

KAIFIAT
Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-
Kafirrun.
Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.


NIAT SOLAT HARI RAYA

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .