Isnin, 28 Februari 2011

Motosikal VS Skuter???

Salam., Dh lame pulak rasenye Khayalan Masa ni xdi hapdate.. Yelah, masing2 sibuk dgn hal masing2.. Dh mcm xcukup nyawa dh rasenye nak kejar semua.. Ish3.. Khayalan duniawi semata... So kali ni aku nak kongsi pasal isu permotoran lak. (x pernah2 Khayalan Masa wat entry pasal permotoran tetiba je nih.. sasau ke hape?).. :p

Actually aku nak discuss ngn korg tentang perbezaan antara motosikal biasa @ kapcai dan skuter bermotor..(bkn skuter tolak kaki tuh) sebab aku sendiri merupakan rider rempit skuter tegar..haha.. Berbeza dgn Ab yang merupakan 'rider' LC..
So, aku nak bagi pendapat aku tetang skuter dan moto biasa nih sbb aku dh penah 'feel' kedua2 jentera ni..

Skuter:
  1. Lebih santai..(boleh bwk sambil bersila, sila panggung, etc...)
  2. Mudah dikendali..(konsep twist n go!) sesuai utk ssiapa yg slalu bngun lmbt nk g keje cam aku..)
  3. Lebih sopan (bg gadis2 cun )sbb xyah tekangkang kangkang menampakkan betis yg gebu tu..sopan je kepit..huhu
  4. Selamat (kalau tegolek dog, besepah, tesasau,  boleh terus loncat..haha)
  5. Kurang menjadi sasaran mereka yang berniat jahat (yg ni aku suke..=))
  6. Kos 'maintainence' agak tinggi (aku godek sendiri je..save budget haha)
  7. Minyak macam sirap limau (Kajang-KL = RM2.50)->>dgn Nouvo S stended gaban..
  8. Korg tambah sendiri k.. =D
Motosikal biasa:
  1. Kos 'maitainence' lebih murah (spare part tiruan besepah..belasah je kalo dah sengkek..)
  2. Jimat minyak (lebih2 lagi harga minyak tgh 'naik minyak')
  3. Senang main 'cilok2' mase jalan 'jem'..
  4. Lebih 'power' (sbb gear n clutch dikawal sesedap rasa oleh rider)
  5. Kerap menjadi sasaran mereka yang berniat jahat dan gatal tangan..( jaga2 LC tu En. Ab :p)
  6. Agak 'complicated' pada sesiapa yang baru blajar menunggang..
  7. Korg tambah sendiri k.. =D
Moto, skuter atau..????
Ape2 skali pun semua yang aku ckp ni terpulang kepada cara mengawal 'jentera' masing2 juga.. jgn nanti ada ynag cakap aku keluarkan fatwa 'sesat' pulak.. Masing2 punyai citarasa sendiri bukan?.. Apa yang pasti, kedua2 rider jentera ni pasti akan basah pabila ditimpa hujan dan bertemu jua di bawah jejambat highway..huhu.. Hope korg dapat jadikan entry kalini untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang sedang merisik calon utk ditunggang tebalik.. Sayangilah moto/skuter anda seperti anda menyayangi pakwe/makwe anda.. Dan nasihat aku jadilah penunggang yang berhemah dijalan raya dan elakkan gejala tidak sihat yg menyebabkan pemandu lain meluat =)..

All Riders Are Brothers...
Khayalanmasa: kalau nampak aku ngn Ab tegur2 le..huhu



0 comments: