Ahad, 18 September 2011

Servis 'autoclutch'

Sebelum bertolak ke Sabak Bernam aku nak servis dulu CVT skuter aku nih sebab dah keluar macam-macam bunyik pelik dah. Alang-alang tangan aku tengah gatal ni, tanpa memikir panjang aku pon memulakan operasi sulit nih..haha

Langkah pertama sekali tentulah kene bukak crankcase CVT tu dulu. Kalau tak bukak macam mane nak servis. Crankcase ni banyak skru nya. Lebih 10 skru kne bukak. Letih jugak dibuatnya.

Ni contoh dalam crankcase bila dibukak.

Ni lah autoclutch atau pulley belakang.
Autoclutch ni pon boleh dibaraikan jugak. Tapi agak rumit prosesnye. Caranya ialah dengan membuka skru besar kt atas autoclutch macan yang korang boleh nampak kat atas tu.
Nak bukak skru tu pon ade caranya. Kalau kedai ade alat yang macam pistol tu. Dah takde terpakse la gune cara manual iaitu dengan menggunakan tukul, skrudriver dan apit G.


Ikat autoclutch tu dekat meja menggunakan apit G macam gambar atas nih. Ikat sekuat yang boleh sebab takot tepelanting..hiarghhhhhh!
Ketuk bibahagian penjuru skru menggunakan skrudriver dan tukul
Guna skrudriver untuk pusingkan skru besar tu. Ketuk hujung skrudriver mengikut arah lawan jam sehingga berjaya..haha.

Ni lah rupe bila autoclutch dibaraikan

 Lepas semua dah dibaraikan, maka bahagian tersebut dicuci menggunakan minyak petrol dan berus sehingga kembali sinar harapan. Dah siap cuci keringkan dan sapukan minyak gris kat bahagian yang bergerak. Gambar takde la pulak.. Lepastu pasang balik komponen-komponen yang dah barai tu pada kedudukan asal..

p/s :  *Ni bukan tutorial ye.. kang ade pulak skuter yang barai tak boleh pasang..zzz
       *Skuter aku tak laju pon..adeakukesah!

0 comments: